Nampak real!!!

Thursday, June 2, 2011 | 26 comments

Sekali aku tengok..memang nampak real..memang mavelos la kalau aku boleh tipu gambar camni..Memang cun habis la kepandaian orang yang mengedit gambar ni..Agak-agak sapa yang edit gamabr ni yek..Aku ker?????

 

494037_vb

 

493534_vb

 

 493536_vb

 

 493554_vb

 

493675_vb

 

493677_vb

 

 493678_vb

 

 493682_vb

 

 493706_vb

 493712_vb

 494000_vb

 494001_vb

 494002_vb

 494005_vb

 494007_vb

 494014_vb

 494035_vb

 494046_vb

 494051_vb

Peristiwa Israk Mikraj

Monday, July 12, 2010 | 2 comments

Tiap kali sambutan israk mikraj,kita akan diceritakan mengenai peristiwa israk mikraj,Rasulullah diangkat ke langit dan dipertontonkan pelbagai kisah mengenai kehidupan umat islam.Tapi kebanyakan kita hanya memandang pada jalan cerita israk mikraj tanpa memahami maksud yang sebenarnya.Ada pula yang memikir logik akal mengenai peristiwa Israk Mikraj.
Namun,apa yang perlu kita tahu sebenarnya dari peristiwa israk dan mikraj nih yang patut kita ambil adalah ...
perkara agama nih sebenarnya .. bukan semua boleh difikir ikut logic akal ...
mengikut perkiraan .. jika manusia macam kita nih di gerakkan dengan kelajuan melebihi 700km/j ... mati dah kita nih .. apetah lagi dengan kelajuan cahaya ... hancur luruh dah semua ..
kelajuan jet supersonic apabila mencapai 700km/j pengsan pilot ... darah tertumpu kat belakang kepala ...
dalam peristiwa israk dan mikraj nih pula kelajuan melebihi kelajuan cahaya .... cahaya matahari nak sampai ke bumi mengambil masa 7 minit ... sedangkan Rasulullah sampai ke langit ke 7 .. dalam masa satu malam ..
jadi berape laju bergerak Rasulullah ketika itu ??
takd apat kita pikirkan dengan logic akal kita semata mata ..
malahan ada dikalangan umat islam ketika itu menuduh Rasulullah sebagai pendusta .. dan meninggalkan islam kerana peristiwa ini .. malahan yang lain nya terpinga pinga .. sehinggalah bangun Abu Bakar As siddik yang membenarkan kata kata rasulullah .... malahan lebih daripada itu pun baginda percaya jika Rasulullah yang menceritakannya ...
kerana Allah s.w.t MAHA berkuasa ... mampu menjadikan apa sahaja ...
jadi kat sini .. bile dah di bawa kepada kta perkara yang dah di tulis secara jelas di dalam Al-Quran, dah terdapat hadist yang menerangkannya, dah di persetujui oleh ulama` sunnah .... ikut jerk laa... tak payah pk logic akal kita lagi ...
segalanya ada hikmah yang kita sendiri tak dapat nak fikirkan ..
memaki tudung kerana mencagah dari berlaku perkara tak diingini dah salah niat tu ...
semuanya kerana Allah s.w.t ..
kenapa tak boleh makan babi ... kita jawab sebab terdapat kuman yang membahayakan manusia  didalamnya ...
cuba esok nanti saintis menemuai vaksin yang mampu membunuh kuman tersebut ... macam mane ?? nak ke kita makan babi ?? terbatal ke larangan yang Allah s.w.t kenakan tadi ..
jadi tak payah la nak pk apa kelebihan kelebihan semua tu .. kita buat dulu .. pengkaian yang membawa kebenaran itu cuma sekadar menambah keyakinan ... bukan sebagai faktur utama ..
faktor utama kita niatkan kerana Allah s.w.t ....
nak pk ikut logic akal kita sahaja .. tak payah la ... Allah s.w.t maha mengetahui ..
sedangkan kita nih cuma makhluk hina sahaja .... insafkan lah diri kita..dekat kan lah diri kita dengan Allah SWT..

Korang tak percaya?

Sunday, July 11, 2010 | 4 comments

Bagi aku,orang lelaki memang berfikiran yang sangat jauh..kadang-kaadng fikir sampai 10 20 tahun kedepan..Semua tersusun je kat dalam kepala ni..Sebagai contoh, untuk lelaki buat kepitusan berkahwin dengan  seorang perempuan bukannya senang.Macam-macamkena fikir seperti, adakah duit hantaran mencukupi? Adakah sudah memiliki rumah tempat tinggal? Bagaimana pula apabila sudah mempunyai anak nanti? Adakah terdapat sekolah yang berdekatan dengan rumah? Bagaimana pula dari segi keselamatan di kawasan perumahan? Adakah ianya selamat di situ? Adakah gaji yang diterima setiap bulan dapat menanggung kos sara hidup apabila sudah berkeluarga? Bermacam-macam perkara perlu difikirkan oleh seorang lelaki.

Jadi memang kena fikir jauh le kan..dari tak de anak sampai anak dah besar..Korang dah percaya ker?

25 Haiwan Pelik

Saturday, July 10, 2010 | 5 comments



  • Mole bermucung hidung bintang ini mempunyai 22 sesungut yang digunakan untuk mengenal pasti makanan menerusi sentuhan. Ia sering ditemui di Amerika Utara dan tinggal di kawasan tanah rendah lembap serta memakan haiwan tanpa tulang belakang, unggas, cacing dan lintah.

  • Babi laut tinggal di atas atau di bawah dasar laut dan memakan lumpur lantai laut. Saintis masih belum mengkaji bagaimana haiwan ini boleh hidup jauh di dasar laut.

  • Penyu putih yang warna krimnya bergabung dengan sedikit warna merah jambu, terkenal dalam budaya masyarakat Cina. Satu karektor dalam kesusasteraan Cina - Journey To The West - berubah menjadi haiwan ini kerana perbuatan jahatnya.

  • Axolotl daripada keluarga amfibia yang berasal dari tasik di Mexico City. Ia banyak digunakan dalam kajian saintifik kerana keupayaan hampir semua anggota badannya untuk tumbuh semula.

  • Tarsier adalah sejenis monyet. Walaupun satu ketika bilangannya banyak, namun semua spesies yang hidup kini hanya boleh ditemui di pulau sekitar Asia Tenggara. Setiap bebola matanya mempunyai garis lintang kira-kira 16 milimeter dan ia sebesar keseluruhan otaknya.

  • Solenodon Hispaniola, haiwan ganjil dengan muncung panjang, turut mempunyai gigi yang mampu mengeluarkan bisa. Hanya dua solenodon wujud hari ini, satu di Haiti dan Republik Dominica dan satu lagi di Cuba.

  • Panda merah ialah mamalia maging yang sebesar kucing. Ia mempunyai kuku yang boleh disembunyikan separuh dan bulu tebal untuk melindunginya daripada cuaca sejuk dan menyembunyikan baunya.

  • Ular kapak ini adalah ular laut dalam dengan gigi panjang berbentuk jarum dan tulang rahang bawah berengsel. Ia antara pemangsa paling garang di laut dalam dan dipercayai menyerang mangsa dengan memikat mereka dengan organnya yang bercahaya.

  • Naga laut berdaun ini seolah-olah dilitupi daun, menjadikan ia sukar dikesan. Di temui di Australia, hidupan ini mendiami kawasan perairan sejuk dan dilindungi kerajaan sejak 1982.

  • Beruang matahari ini ditemui khusus di hutan hujan tropika Asia Tenggara. Dengan ketinggian hanya 121 sentimeter, ia paling kecil dalam keluarga beruang dan sering digelar beruang anjing.

  • Cicak leher beropol ini dinamakan demikian kerana kulit beropol di lehernya. Ia berlari dengan kaki belakangnya apabila ketakutan. Tabiatnya menyebabkan ia digelar 'cicak basikal' di Australia.

  • Ikan buntal ayam ini boleh ditemui di Lautan Pasifik. Apabila membesar, ia boleh mencapai 50 sentimeter panjang

  • Saiga, yang seperti kijang, biasanya berbadan besar, mudah lentur, hidungnya memanaskan udara ketika musim sejuk dan menapis habuk ketika musim panas.

  • Ikan katak berbulu ini 'berjalan' di sepanjang dasar laut kerana memburu makanan. Haiwan ini ditemui di Indonesia.

  • Buaya jejulung India ini adalah spesies yang semakin pupus dan antara buaya paling panjang, kadangkala mencecah tujuh meter.

  • Ikan hag, Dengan tabiat makannya yang luar biasa dan keupayaan mengeluarkan selut, ikan hag ini disifatkan hidupan laut paling menjijikkan.

  • Monyet probosis, Ciri paling terserlah monyet probosis ini ialah jantannya berhidung besar. Menurut kajian, monyet betina spesies ini gemarkan monyet jantan berhidung besar.

  • Sotong Dumbo, Hidup di laut dalam dan antara sotong yang jarang ditemui, sotong Dumbo memperoleh namanya kerana telinganya, mirip karektor dalam filem Disney, Dumbo.

  • Echidna berparuh panjang ini antara 10 spesies utama yang diisytiharkan haiwan terancam pada 2007. Ia antara dua jenis mamalia yang bertelur.

  • Kera kecil ini mendiami kawasan hutan tanah rendah yang lembap di India atau Sri Lanka. Ia semakin terancam kerana kehilangan habitat.

  • Burung botak berkepala paus ini ditemui di kawasan paya tropika di timur Afrika. Burung ini setinggi 121.92 sentimeter sementara panjang sayapnya lebih 213 sentimeter. Spesies ini hanya ditemui oleh pakar ornitologi pada abad ke-19.

  • Aye-aye, hampir sama dengan burung tukang. Ia 'menoreh' pokok untuk mencari ulat. Apabila makanan ditemui, ia menggunakan giginya untuk membuat lubang dan mengorek ulat keluar menggunakan jari tengahnya yang panjang.

  • Monyet kerdil ini ditemui di kawasan hutan di barat Brazil, tenggara Colombia, timur Ecuador dan timur Peru. Ia bersifat omnivor dengan memakan buah, daun, unggas dan kadangkala reptilia kecil.

  • Komondor, anjing besar baka Hungary, mempunyai bulu tebal dan panjang seperti tali. Ia diisytiharkan satu daripada khazanah negara itu.

  • Blobfish, Ikan yang dinamakan blobfish ini lembik seperti agar-agar dengan ketumpatannya kurang sedikit daripada air tempat ia diami. Ini membolehkannya kekal terapung. Dengan tinggal hampir di dasar laut, ikan ini makan apa saja yang terapung melintasinya.

  • Jerboa (daripada keluarga tikus) bertelinga panjang ini ditemui di padang pasir China dan Mongolia. Selain telinganya yang panjang, ekor dan kakinya juga panjang. Haiwan yang jarang ditemui ini kini diancam kepupusan.

  • Ketam gergasi. Ditemui pada 2005 di Lautan Pasifik Selatan, haiwan ini digelar 'ketam gergasi'. Ia tinggal 2,200 meter pada bolong hiperterma di sepanjang Lautan Pasifik-Antartik.

argentina nk let go jugak ke?

Saturday, July 3, 2010 | 0 comments

Hari tu England aku dah let go..pastu tukaq ke Brazil,tiba dia pun dah aku let go semalam..takkan malam ni argentina ni pun blah jugak kot..nie dh kena 1 dengan germany..semua yang aku rasa nk sokong..semua macam takut pada sokongan padu aku ni ja…haih..payah betui macam ni..nak sokong malaysia..ntah bila nak lepas pun aku tak tau..

Cas telefon Nokia guna basikal!

Thursday, June 3, 2010 | 5 comments

Lepas ni senang kan..tak de elektrik..tak de kereta..pegi je naik basikal..boleh terus caj bateri henset..Tak payah dah duk pening-pening kepala bila  bateri henset kong..eletrik plak tak dak..Tapi ni untuk penguna-penguna henset nokia jelah..Untuk henset lain-lain jenama, kena tunggu la bila syarikat lain nak keluarkan produk macam ni.Lepas ni suh nokia bawa keluar pengecas henset guna motor plak kot..Aku rasa ramai kat Malaysia ni naik motor dari naik kereta.. 

HELSINKI: Pengeluar telefon terbesar dunia, Nokia memperkenalkan pengecas telefon bimbit yang dikuasai oleh tenaga yang dijana dari kayuhan basikal.

Alat pengecas itu boleh digunakan oleh sebarang telefon bimbit Nokia yang dilengkapi jek pengecas 2 milimeter. Ia menggunakan alat dinamo untuk menjana tenaga elektrik dari pusingan tayar basikal itu.

Naib Presiden Nokia, Alex Lambeek dalam kenyataan yang dipetik dari agensi berita AFP, berkata basikal adalah antara pengangkutan paling popular di kebanyakan tempat di dunia ini. Dan ini adalah salah satu manfaat yang boleh diambil daripada aktiviti menunggang basikal.

Harga kit pengecas itu termasuk pemegang telefon untuk mengelakkannya dari terjatuh ketika dicas di atas basikal akan dijual dengan harga mengikut negara, tapi bagi negara seperti Kenya, harganya di sekitar RM61.50 (15 Euro).
Untuk mula mengecas, pengguna hanya perlu berkayuh pada kelajuan kira-kira enam kilometer sejam, sementara masa mengecas adalah bergantung kepada model bateri.

Kayuhan selama 10 minit pada kelajuan 10 kilometer sejam mampu mengecas semula bateri untuk tempoh sehingga 28 minit masa bercakap atau 37 jam masa menunggu. Lebih laju kayuhan maka lebih banyak tenaga boleh dijana.

Menurut Alex, pengecas itu akan dipasarkan melalui peruncit terpilih dan pusat jualan online syarikat sebelum penghujung tahun ini. - AFP

Mengenali Bunyi Beep pada PC

| 1 comments

Bila PC korang macam blur jer bila dihidupkan pastu ada plak keluar bunyi beep-Tu maknanya ada something wrong kat pc korang.Korang kena la faham mesej yang pc korang cuba bagi kat korang tu.. Cuba dengar betul-betul bunyi kat pc korang..ada ke bunyi macam ni..


AMI-BIOS
1x: RAM rosak atau tak terpasang dengan elok/betul.
6x: Kesalahan Gate A20 - biasanya menunjukkan keyboard yang rosak.
8x: Graphic card rosak atau tak dipasang dengan tepat dalam slot.
11x: Checksum-Error. Periksa bateri pada motherboard.

Award-BIOS
1x panjang: Kesalahan RAM, modul tidak duduk dengan betul.
1x panjang, 2x pendek: Graphic card rosak.
1x panjang, 3x pendek: Keyboard rosak atau tidak terpasang
Tak terputus: RAM atau graphic card tidak dapat dikesan.

Phoenix-BIOS
1x-1x-4x: BIOS rosak.
1x-2x-1x: Motherboard rosak.
1x-3x-1x: Masalah RAM, modul tak dipasang dengan baik.
3x-1x-1x: Motherboard rosak.
3x-3x-4x: Graphic card rosak atau tak dipasang dengan baik.

Jadi, kalau lain kali pc korang ada  bunyi beep,korang dah leh tau apa masalah pc korang tu..Tak yah le sampai hal-hal kecik korang anto gi kedai..Faham-faham jelah kedai..mesti fulus mau keluar ..

20 sebab lelaki tak kahwin2 lagi

Wednesday, June 2, 2010 | 3 comments

For gurlz n sape ader kawan laki tahulah nape diorang xnk kawen... Aku just nak share jer..jangan ada yang terasa la plak yer..Kalau ada aku minta maaf dari hujung rambut aku sampai ler ke hujung kaki aku.
Hmm..so guy, how do u think ?
1."Duit lum cukup lagi".
Pompuan mana tahu susahnya laki nak kumpul duit nak bayar mas kawin le? hantaran la. Dah tu mas kawin & hantaran tu letak tinggi mengalahkan artis. Cam nak jual anak jer. Kita makan megi jer nak kumpul duit tu bukannya pompuan tau. Megi pun dah nak naik harga!
2. "Nak beli kereta dulu baru nak kahwin".
Takde keta pompuan pun pandang kita sebelah mata jer . Pompuan karang ni mana yang tahan turun naik bas? Jatuh standard kalau naik bas tu..
3. "Susah la nak cari yang berkenan dihati".
Memang susah pun. Pompuan sekarang ini ? da duit abangku sayang, takde pitis sayangpun melayang!
4."Tak datang seru lagi kot".
Awek pun tak de lagi? camana nak kahwin.
5."Banyak sangat halangan".
Banyak sangatla procedure karang ni. Nak kena masuk kursus le. Ujian HIV le. Pastu ada keluarga si dia tak sukakan kita. Nak ajak kawin kat Siam dia tak nak!
6."Belum bersedia la".
Nak pikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga ini amat berat. Pompuan apa tau! Karang ni tanggungjawab terhadap diri sendiri lagi pun belum terlaksana.
7. "Ilmu tak cukup la".
Ilmu batin tu memang la dah cukup sejak dapat ?impi basah? yang pertama tu kita dah expert. Tapi ilmu rumahtangga?oal-soal pompuan belum khatam lagi. Kang rumahtangga huru-hara.. orang salahkan kita gak!
8."Kahwin nanti tentu susah nak kena tanggung keluarga lagi, Kalau dapat isteri yang 2 x 5 je.Kena bimbing pulak lepas tu nak kena tanggung semua dosa isteri, dosa sendiri tak tertanggung nie pulak nak tanggung dosa isteri".
Berat tanggungjawab ni. Bukan senang yang pikul dosa orang. Dosa sendiri pun tak terpikul. Kalau dapat isteri yang memahami tu ok gak.
9."Dah mencubalah tapi telah dikecewakan".
Pompuan memang suka mengecewakan lelaki. Pantang nampak laki kaya jer? tak kira ler laki orang ker?.duda orang ker? terus tinggalkan kita.
10."Banyak perkara nak kena fikirkan terlebih dahulu la".
Memang banyak .. Tangungjawab lelaki ni lebih besar. Pompuan semua laki yang tanggung. Belum kawin bapa & saudara lelaki yang tanggung. Dah kawin, suami lak tanggung.
11."Jodoh tak sampai lagi kot".
Dah berusaha tapi asyik kena reject jer. Tah apa yang pompuan dok cari tu !!
12."Perempuan nie peliklah kalau dia suka kat kita tapi tak habih2 nak merajuk dan marah macam kita nie suka sangat" .
Pompuan ini sikit-sikit majuk. Anak kucing dia ilang sehari pun dia majuk. Macam la kita yang curik anak kucing dia tu. Dah tu nak pujuk kena beli hadiah , bawa jejalan, makan-makan?.abis tu bila duit kita nak cukup untuk kawin!
13. "Dah bagitau dah, nie kita suka dan nie kita tak suka, tapi masih dia buat juga yang kita tak suka".
Pompuan selalu suka buat apa yang kita tak suka. Macam mana kita boleh tahan kalau kawin nanti!!
14."Saya takut la nak bercinta nanti terluka susah la".
Sebenarnya dah memang terluka. Cuma pompuan jer buat tak tau!!
15."Dia nie suka pasang ramai org sangat".
Haah? dia banyak kekawan lelaki. Kita ni duk lam waiting list dia jer.
16. "Dia memang banyak helahlah kejap suka kejap tidak".
Pompuan memang camtu..
17. "Nak carik yang solehah lah".
Dah jumpa tapi dah berpunya?.Takkan nak rampas orang punya kot.
18. "Masalah la".
Pompuan suka menjadikan masalah kecil menjadi besar.
19. "Nak sambung belajarlah awek saya tu ader master atau phd malu la".
Takkan kita yang ada SPM ni jer nak terhengeh awek tu. Siang-siang lagi mak bapa dia dah reject.
20. "Saya suka sangat kat dia, tapi dia tak suka kat saya".
Pompuan suka bermain-main ngan hati lelaki yang suka kat dia

 

Ratuhati Kami

  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith

IslaMy

© Copyright 2010-2011 KITA SEMUA SAMA All Rights Reserved.
| Published by LoveJurnal | Powered by Blogger.com.