HELSINKI: Pengeluar telefon terbesar dunia, Nokia memperkenalkan pengecas telefon bimbit yang dikuasai oleh tenaga yang dijana dari kayuhan basikal.
Alat pengecas itu boleh digunakan oleh sebarang telefon bimbit Nokia yang dilengkapi jek pengecas 2 milimeter. Ia menggunakan alat dinamo untuk menjana tenaga elektrik dari pusingan tayar basikal itu.
Naib Presiden Nokia, Alex Lambeek dalam kenyataan yang dipetik dari agensi berita AFP, berkata basikal adalah antara pengangkutan paling popular di kebanyakan tempat di dunia ini. Dan ini adalah salah satu manfaat yang boleh diambil daripada aktiviti menunggang basikal.
Harga kit pengecas itu termasuk pemegang telefon untuk mengelakkannya dari terjatuh ketika dicas di atas basikal akan dijual dengan harga mengikut negara, tapi bagi negara seperti Kenya, harganya di sekitar RM61.50 (15 Euro).
Untuk mula mengecas, pengguna hanya perlu berkayuh pada kelajuan kira-kira enam kilometer sejam, sementara masa mengecas adalah bergantung kepada model bateri.Kayuhan selama 10 minit pada kelajuan 10 kilometer sejam mampu mengecas semula bateri untuk tempoh sehingga 28 minit masa bercakap atau 37 jam masa menunggu. Lebih laju kayuhan maka lebih banyak tenaga boleh dijana.
Menurut Alex, pengecas itu akan dipasarkan melalui peruncit terpilih dan pusat jualan online syarikat sebelum penghujung tahun ini. - AFP
Ganti Nama, Ganti Suasana
-
Nggak terasa, udah 15 tahun lebih blog ini aktif dan jadi salah satu tempat
nulis favorit saya. Buat sampean yang ngikutin perjalanan ngeblog saya
dengan b...
4 weeks ago
5 comments:
huhu...menarik idea ni...selain dapat cas hp...dapat gak jaga kesihatan..
adik sy plak terlebih kreatif..
motor tu ntah ambik wayar mana pastu bubuh soket..
katanya senang nak cas hp..
x lama...ranap moto tu..
nasib baik moto lama.. huhu
menarik juga
:))
;))
best teknologi ni.