16 perkara tentang aku

Thursday, May 27, 2010 | 2 comments

Aku sebenarnye xkena tag pun,saje nak jawab soalan jer hehehe…

1) Apa yang anda buat bila anda tahu member anda tikam belakang anda?

Xpenah kena tikam pun,xtau nak rse cmne hihihi

2) 6 orang di hati anda

i. my wife ii. my son. iii. my mama. iv.my papa v. my siblings. vi. my family in law

3) Anda rasa anda comel?

Skang dah comel dah,dulu keding hihihi

4) Single or taken?

Rsenye…

5) Blog yang saya suka?

SUme ler follow ker x follow ker…

6) Adakah bilik anda kemas setiap hari?

Xtau la,mls nak kemas,xlarat ada hero sorg,pengemas terhormat….

7) Lagu terakhir yang anda dengar?

Xdgr lagu lg la arinie

8)Last text message

Xleh msg hset tggl kat kpg

9)Last phone call
Xleh call hset tggl kat kpg

10) Hari terakhir anda menangis?

Bln lps kut mse baca buku NARUTO

11) List 5 kaler feveret anda
i. HITAM ii. BIRU iii. PUTIH iv. MERAH v. KUNING

12) bila kali terakhir YM, dengan sape?

Xpenah YM mls

13) Game yang anda paling suka?
Simulator kapal terbang…

14) Adakah anda peminat MCR?
Minat gak la

16) Anda rasa tag ni best?

Xpun time boring leh la layan hihihihi jgn mare…

17)Tagged lagi 10 orang

Mls nak tag,kang klu tag sume kate dah jawab…

Wanita Memang Kompleks?

Saturday, May 8, 2010 | 7 comments

Sebelum anda membaca entri ini, cuba jawab soalan ini dahulu. Agak-agak, betul ke yang wanita ini kompleks dari lelaki? Hurm…fikir-fikirkanlah sambil anda membaca entri ini.


LELAKI
Waktu lunch, jalan ke tempat makan
Sampai kedai makan, masuk
Ambik Pinggan
Letak nasi
Letak Lauk
Ke kaunter, Bayar nasi dan Air Sekali
Makan
Habis
Balik Opis or
G surau.


PEREMPUAN
Waktu lunch, jalan ke kedai makan
Perhatikan orang waktu jalan
Sempat mengumpat dulu
Sambil jalan betulkan tudung, tgk baju sendiri, tgk kaki
Tengok baju orang lain, especially yang cantik dr baju sendiri.
Sampai kedai makan, jenguk-jenguk dulu
Ramai orang,cari kedai lain.
Jalan lagi
Dah puas ati..masuk..
Survey lauk dulu 2, 3 minit.
Carik2 pinggan, ambik pinggan
Belek-belek pinggan, bersih ke?? tak bersih?..eeeeiiii. .
Dah puas ati, ambik nasi
Ambik nasi ceduk sikit-sikit
Tak sah kalau tak ceduk 2/3 kali
Buang balik nasi.banyak. .
Tak puas ati, banyak lagi..buang lagi..(tinggal sejemput)
Godek2 sikit nasi dalam pinggan 2minit
Carik lauk. Survey dulu keliling meja. Tenguk sana, tenguk sini
Jengok dlm bekas lauk, ambik kuah sikit
Jengok bekas lauk lain, ceduk kuah sikit lagi
Jengok lagi? sambil tu tengok2 orang, jeling-jeling
Ambil lauk
Pusing lagi
Carik sayur pulak!
Ambik sayur selepas survey dan keliling 2 minit
Ke kaunter bayaran
Tgk2 nasi dlm pinggan
Berbisik ngan kawan “alaamak byk la aku ambik”
Sampai depan kaunter “berapa?”
Bukak dompet..belek2 celah kad2 bank, celah kad2 nama, celah gambar2..
Keluarkan duit
Buat isyarat mata ngan member (sbb nasi mahal)
Tutup dompet. Ambik nasi
Tinjau-tinjau tempat duduk.
Jumpa tempat duduk..alamak kotorlah!!!
Cari tempat duduk lain
Jumpa. Duduk..
Alamak. Air tak order lagi
Tinjau2, carik org order air..sambil tangan betulkan tudung
Order air
Bangun
Ambik sudu
Duduk
Bangun
Ambik Tisu
Duduk
Air sampai
Belek dompet (Step tadi)
Bayar
Tutup
Minum air
Start makan
Tengok-tengok orang sambil makan
Makan separuh..kenyang
Sebab dah minum air
Letak sudu, letak garpu
Pinggan tolak tepi
Borak2 kater makanan tak sedap
Ngumpat2..tg korang
Pukul 2, naik opis..
Ambik beg makeup, g surau!!!!!
Hak3. So, adakah perempuan memang kompleks atau list ni yang saja ditokok tambah? Mari-mari berikan komen anda yang bernas itu.

10 Sebab Lelaki Mahu Bergelar Suami

Sunday, April 25, 2010 | 2 comments

 


Kita seringkali mendengar kenyataan bahawa lelaki tidak sukakan komitmen yang terlalu serius dalam sesuatu hubungan. Apatah lagi jika hubungan yang terjalin masih terlalu baru dan usia mereka juga masih muda.
Namun ada beberapa sebab mengapa tiba-tiba lelaki yang sebelum ini selesa bergelar solo mengambil keputusan untuk mendirikan rumahtangga.
Memang ramai kawan-kawan yang terkejut dengan keputusan yang diambilnya, tetapi dia seolah-olah nekad dan tidak mahu berundur ke belakang lagi. Ketahui 10 sebab mengapa golongan lelaki mengambil keputusan begitu.
1. Melengkapi hidup
Hidup tidak akan lengkap selagi tidak ada insan istimewa di sisi. Jadi apabila sudah menemui seorang wanita yang dirasakan cukup serasi, lebih baik dia mengikatnya dengan tali perkahwinan. Bak kata orang, biarpun telah punya kerja dan harta yang melimpah ruah, namun jika tiada seorang isteri, kehidupan tetap akan terasa kurang serinya.
2. Ingin diurus
Ini satu lagi sebab mengapa lelaki mahu beristeri. Mereka mahu seseorang menguruskan mereka. Jika semasa kecil ibu yang banyak menghabiskan masa melayan karenah mereka, kini sudah tiba masanya mereka mencari seorang isteri yang mampu memenuhi keperluan mereka. Mereka akan berasa bahagia jika ada orang yang menyiapkan makan minum dan pakaian mereka setiap hari.
3. Bosan
Bagi golongan lelaki yang telah mempunyai segala-galanya dalam hidup mereka, berkahwin merupakan cara terbaik untuk mereka menghilangkan kebosanan. Apabila sudah berkahwin, mereka akan mulakan kehidupan baru dan biasanya kehidupan berumahtangga lebih berwarna-warni jika dibandingkan dengan kehidupan bujang.
4. Amat mencintai
Alasan ini memang selalu digunakan oleh lelaki untuk berkahwin. Selalunya mereka yang menggunakan alasan sebegini memang sudah tidak boleh ditegah kerana kehidupan mereka hanya boleh diteruskan dengan insan yang dicintai di sisi. Lebih romantik dirasakan apabila si pasangan juga tidak mampu meneruskan hidup tanpa si lelaki bersama.
5. Sudah bersedia
Selalunya lelaki yang mahu berkahwin sudah bersedia daripada segi fizikal dan mental untuk menempuh ke alam baru. Sebenarnya bukan mudah untuk lelaki mengambil keputusan mendirikan rumahtangga, tapi apabila dia sudah menyatakan hasratnya, itu bermakna dia memang telah benar-benar bersedia.
Maklumlah zaman sekarang rasa cinta semata-mata tidak mampu menjanjikan kebahagiaan. Rasa cinta perlu dilengkapi juga dengan wang ringgit dan rumah yang selesa untuk didiami. Barulah keluarga bahagia dapat dibina.
6. Inginkan keturunan
Lelaki sangat sensitif apabila bercerita tentang keturunan. Jadi, satu-satunya cara untuk menunjukkan kejantanan mereka adalah dengan berkahwin. Malah ada juga yang beranggapan, mereka bukan lelaki sejati selagi tidak mempunyai anak.
7. Penat bercinta
Lelaki yang pernah mengalami putus cinta selalu menjadikan perkara ini sebagai alasan untuk mereka berkahwin. Selain tidak mahu berasa kecewa sekali lagi, mereka juga berfikir bercinta hanya menghabiskan duit dan membuang masa. Jadi lebih baik berkahwin kerana selain dapat mengeratkan hubungan yang terjalin, masa dan wang ringgit juga dapat dijimatkan.
8. Desakan keluarga
Alasan sebegini selalunya diberikan oleh anak sulung lelaki. Walaupun mereka belum bersedia tetapi mereka terpaksa berkahwin atas desakan keluarga yang mahu melihat dia berumahtangga dan ada orang yang akan menguruskannya. Lebih parah jika kedua ibu bapa lelaki tersebut mempunyai penyakit kronik sehingga selalu keluar masuk ke hospital.
Lelaki sebegini biasanya lebih mementingkan keluarga berbanding kemahuan dirinya sendiri. Walaupun ramai yang ragu-ragu dengan kebahagiaan yang bakal dikecapi dengan perkahwinan sebegini, tetapi jika lelaki tersebut berkahwin dengan wanita yang bijak mengambil hatinya, sudah pasti hubungan yang terjalin akan kekal selamanya.
9. 'Biological clock'
Lelaki juga mempunyai 'biological clock' mereka sendiri. Cuma masanya berbeza dengan wanita kerana fokus utama mereka biasanya pekerjaan dan mengumpul harta sebanyak mungkin terlebih dahulu. Walaupun lelaki tidak ada hambatan biologikal seperti wanita yang sukar mendapatkan anak jika berumur lebih 30 tahun, namun lelaki yang sudah berumur tetap risau jika tidak berkahwin sedangkan umur semakin meningkat. Untuk mengatasi rasa bimbang tersebut, lelaki akan mengambil keputusan untuk mendirikan rumahtangga.
10. Tiba masanya
Kepada wanita, jangan risau jika teman lelaki anda tidak mahu memberikan komitmen buat masa ini. Ini kerana apabila sudah tiba masanya dia pasti akan mencari anda dan menyatakan hasratnya untuk hidup bersama anda. Oleh itu, jangan terlalu memaksa kerana itu hanya akan membuatkan dia semakin bosan dengan anda.

Wanita yang wajib dijauhi oleh orang lelaki

Wednesday, April 21, 2010 | 0 comments

Ada satu pandangan daripada pakar cinta di luar negara berkenaan ciri-ciri wanita yang wajib dijauhi. Dengan izin, saya kongsikan sebahagian kecil di sini.

1. Wanita kategori liar.

Inilah jenis wanita yang sering dinasihati oleh mana-mana ibu untuk dijauhi. Pada awalnya, perhubungan dengan wanita sebegini sememangnya menyeronokan.

Dia selalu melakukan sesuatu di luar jangkaan. Perasaan selalu mencuba sesuatu yang bagus, tetapi sikap cuba-cubanya tidak wujud sempadan. Kita teruja dengan kegilaannya tetapi tak kita sedar, tersadung dalam masalah yang diciptanya.

2. Wanita si Bom jangka.

Wanita bersifat bom jangka seumpama emosi yang akan meletus tanpa apa-apa amaran ketika anda menjangka semuanya erkawal.

Dia kelihatan normal luarannya sehinggalah kita menjadi sasarannya.

Individu seperti ini bukan sahaja menjadi bom jangka dalam emosi kemarahan malah emosinya akan mengubah keputusan-keputusan penting.

3. Wanita si Gula-gula

Gadis muda seumpama gula-gula yang melihat kita sebagai pembimbingnya dan menyukai kewujudan kita.

Dalam keadaan ini kita seolah-olah bertindak seperti seorang yang mengajarnya untuk menjadi wanita idaman dan cuba mencipta kehidupan yang penuh kematangan untuknya.

Hakikatnya kita sudah tertipu, gadis muda seumpama ini sebenarnya sedang menguji kuasa tarikan yang ada pada dirinya.

4. Wanita si Bintang

Wanita bersifat bintang menjadikan pasangannya sebagai jalan untuk mempopularkan atau menguntungkan dirinya semata-mata, lebih-lebih lagi jika dia mempunyai keinginan besar terhadap sesuatu yang jelas bukannya diri kita.

5. Wanita si Penggapai.

Penggapai mempunyai kedudukan kewangan lebih dari apa kita miliki dan dia menyukai keadaan demikian, ia memberi jaminan kepada dirinya.

Mengapa dia suka? Dia memilih pasangan yang bukan dalam kelompoknya agar ia memberinya ruang bergerak.

Kita menjadi sasaran jika matlamat kewangannya gagal, dan kita dilihat sebagi punca terbazir masanya sekadar untuk aktiviti bersama.

Dia cenderung mengatakan setiap usahanya adalah untuk kebahagian bersama.

6. Wanita yang Tercedera.

Hubungan yang terjejas menjadikan wanita dalam kategori ini tercedera emosinya sepanjang masa.

Kewujudan kita adalah kapal persinggahannya sementara baginya untuk memikirkan kesilapannya, apa yang terjadi, siapakah dia dan apa yang perlu dilakukannya.

Sepanjang kita menjadi pasangannya, kita mendengar segala kisah buruknya. Kita akan menjadi pendengar setia kisah sedihnya semalam, hari ini dan esok.

Dalam jangkaan kita kewujudannya untuk menyintai kita, tetapi dia lebih memikirkan keadaan dirinya.

Setelah selesai, selamat tinggal untuk kita.

Macam mana nak jaga cinta sejati?

| 70 comments

Cinta sejati..semua orang nak cinta sejati..yang aku maksudkan kali ni cinta sejati pada pasangan ler..Walau pun aku dah berkahwin dan dah ada anak..tapi sesekali aku kena juga cari pasal-pasal nak memutikkan cinta ni..Korang penah kan tengok tok-tok wan kita..sangat romantik lagi..tak ke jeles macam tu..mesti korang pun nak cinta korang samapi ke tua kan..kalu boleh sampai ke syurga kan..Kat sini ada sikit tip2 yang aku jumpa kat blog pakarhowto.. Aku rasa tips ni sangat berguna so aku pun nak ler share ngan korang semua..

1. Pilih pasangan yang sesuai
Janganlah sesekali jatuh cinta dengan seseorang yang sangat berpotensi. Wang dan rupa bukannya penyuntik cinta sejati. Terlalu banyak pasangan memilih teman hidup yang sebegini dengan harapan mereka berpeluang menikmati segalanya.
Secara jujur, tanyalah pada diri sendiri: “Dapatkah aku mencintai dia dengan cara yang sebenarnya tanpa harapan untuk berubah?” Jika tidak, buatlah keputusan untuk cari yang lain.cinta sejati4

2. Jangan terburu-buru
Jangan menurut kehendak nafsu seks. Pasangan yang melakukan hubungan seksual akan mencipta suatu keintiman yang salah dan boleh menuju ke arah kekecewaan.

3. Percaya akan kelemahannya
Jangan mengabaikan keputusan untuk memiliki sesuatu hubungan atau perkara yang diingininya. Misalnya, jika pasangan membuat suatu penyataan seperti, ’saya tidak melaksanakan komitmen dengan baik,” percayalah dia.
Anda seharusnya tanya pada diri sendiri; ‘adakah dia sudah bersdia menghabiskan waktu untuk aku atau semata-mata untuk hobinya kemudian baru mengingati aku.’

4. Tutup mulut
Jangan cuba menceritakan tentang keburukan atau kelemahan pasangan kepada rakan. Bertanggung jawab dalam mengungkap perasaan anda terhadapnya dan saling merahsiakan antara satu sama lain. Cara sebegini dapat mengelakkan daripada berlakunya sesuatu konflik dan hubungan emosional anda berdua.

5. Terima seadanya

Terima pasangan dengan niat hati yang ikhlas. BUkan hanya sewaktu bercinta, pada awal perkahwinan dan sewaktu berbulan madu, tetapi amalkan date night sekali seminggu.

6. Jadi pemerhati
Bersikap pemerhati terhadap pasangan. Cuba memerhati dan memahami tingkah laku dan pemikirannya. Paling penting, sentiasa mengambil berat setiap apa yang berlaku. Ini mengelakkan daripada pasangan berani menipu dan cuba melakukan sesuatu di luar jangkaan.

7. Buktikan siapa diri anda
Fokus pada setiap perkara yang anda gemari dan tidak daripada pasangan, serta cuba berbincang cara bagaimana menyelesaikan masalah tersebut berdua.

8. Mr. Right kembali
Sedang asyik bercinta, orang yang pernah berpaut di hati anda suatu masa dahulu, tiba-tiba muncul di hadapan. Bagi anda yang menghadapi masalah sebegini, adalah suatu perkara sukar untuk diselesaikan, bukan?
Perasaan buntu dan bercelaru tentunya datang dan memaksa diri membuat keputusan. Buat keputusan agar tidak menyintainya lagi. Lupakan segala sejarah silam dengan memulakan kehidupan dan cinta baru.

9. Bukan perigi cari timba
Anda tidak pernah merakan bahawa cinta sejati seperti objek yang keras atau seolah-olah berkelakuan syok sendiri. Malah, anda haruslah sama-sama berinteraksi dan berbincang terhadap apa yang berlaku dalam perhubungan.

10. Hargailah diri sendiri dan pasangan
Hubungan yang sihat akan meningkatkan penghargaan diri dan pasangan. Untuk memperoleh hubungan yang lebih harmoni, setiap pasangan perlu menghargai diri sendiri dengan cuba mengungkapkan kata-kata romantis atau lakukan sesuatu kejutan terhadap dirinya

Syoknya Pulau Tioman

Tuesday, April 20, 2010 | 5 comments

Sebut pasal Pulau Tioman mestri semua membayangkan panati nya yang cantik..air nya yang jernih..pastu boleh berenang-renag..ber”snorkeling” kan…saya sempat juga menghabiskan masa kata pantai tu..bersnorkeling..tapi tak puas sebab kejap sangat..Yelah pegi tu pun bukannya pasal nak bercuti..Tapi pasal kerja..kira sambil menyelam minum air laut le saya ni.Lain kali kalau ada rezeki..ada duit poket lebih..rasa macam nak pergi lagi boleh memancing sekali pastu leh bawa isteri ngan anak sekali..baru nikmat kan..tapi bila ya duit poket nak lebih..ermmm…sendiri pikir lakan..:-)
sayang3
sayang1
sayang2

35 PERKARA PERLU TAHU TENTANG LELAKI

Monday, April 19, 2010 | 14 comments

 

images (1) 
1.   Lelaki suka di manjakan.
2.   Mereka lebih rela mintak nombor telefon kowg dari memberi nombor telefon sendiri.
3.   Jika jari manis mereka lebih panjang dari telunjuk, tahap hormon testosteron mereka lebih tinggi. ( ini dapat kowg lihat dari lelaki yg kurus).
4.   1/3 lelaki masih simpan no telefon ex-girlfren utk selamanya dan selebihnya "membuang" selepas beberapa minggu.
5.   Di kalangan lelaki yg masih simpan nombor telefon ex-girlfren, bg mereka adalah utk kegunaan kala sepi.
6.   Cara mereka relax dgn bersenam, menonton tv, & bermain game
7.   Bg mereka bohong amat penting utk elak pihak lain dari terluka.
8.   43% lelaki mengatakan sanggup mencari maklumat mengenai kowg (gadis) di internet sebelum date.
9.   Lelaki beruniform adalah seksi..mereka juga akan memilih model, pramugari & penari sebagai kerjaya wanita yg seksi.
10.   Mereka akan pastikan kereta akan dicuci sebelum 1st date.
11.   Bila mereka meletakkan ibu jari di poket, mereka sedang tunjuk macho.
12.   Mereka sering menggunakan kwn yg jelik utk memulakan perbualan.
13.   Tempat kerja @ kolej adalah lokasi terbaik utk mencari girlfren.
14.   Lelaki berotot selalunya ada ramai girlfren.
15.   Bahagian badan yg mereka paling risau adalah perut, bulu badan dan payu dara lelaki.
16.   Bagi lelaki, wajah cantik seorang gadis adalah lebih penting dari badan seksi
17.   Majoriti lelaki pernah bersama 4-8 wanita, tapi mereka lebih suka jika gadis diminati berjumpa kurang 8 lelaki.
18.   Utk mengekalkan hubungan semasa tahap awal 'berdating' mereka lebih suka menelefon dr menghantar sms.
19.   Lelaki muda lebih spontan & berani.
20.   Lelaki lebih suka gadis yg boleh berbalah berbanding 'minah sanggup' kerana mereka bimbang gadis sebegini mudah terpenggaruh utk meninggalkannya.
21.   1/3 lelaki akan ajak kowg date jika kowg byk ketawa semase 1st date.
22.   Separuh dr mereka percaya akan cinta pandang pertama.
23.   Lelaki single mudah dipenggaruhi oleg pendapat kwn mereka.
24.   Lelaki bujang cenderung menentang kebiasaan cthnya: kerja tanpa rehat
25.   Lelaki lebih suka lepak santai bersame kowg drpd kua mkn di restoran mewah.
26.   Mereka tidak romantik, tp tidak semestinya mereka tidak mengingati kowg.
27.   Lelaki berwajah maskulin biasanye keluar dgn gadis secara kasual.
28.   Lelaki lebih rajin beraktiviti berbanding wanita.
29.   Mereka berase senang jika panggilan telefon pertama dr kowg lebih dr 10 minit.
30.   Jika mereka mengajak kamu 'keluar minum' besar kemungkinan dia ingin ajak date.
31.   Lelaki bujang suka habiskan duit mereka utk baju, kereta @ motor atau apa saje utk 'tayangan' umum.
32.   95% lelaki suka jika kowg yg mengurat mereka dahulu.
33.   Kebanyakan mereka ingin berkahwin selepas usia 28 tahun.
34.   32% mengaku pernah bermain kayu tiga
35.   Mereka sering memikirkan "adakah dia fikir saya ini membosankan?" @ 'adakah dia berminat?" sewaktu cuba utk menarik perhatian anda.

Lelaki Metroseksual VS Lelaki Uberseksual

| 17 comments

MONEY

Metroseksual

Lelaki metroseksual kebiasaannya banyak menghabiskan wang untukpenampilan serta kecantikan. Penjagaan kulit, makeup, dah susuk tubuhbadan diberikan perhatian lebih. Kadang-kadang mereka sanggup berhabiswang beribu-ribu untuk itu sahaja.200507240002_00

Uberseksual

Lelaki uberseksual lebih menghabiskan wang mereka kepada unsur yangberlainan seperti alat permainan, gajet, game atau bagi mereka dikalangan ahli perniagaan memikirkan strategi melaburkan wang itu kearahkeuntungan. Bukan mereka tidak menitik beratkan perihal diri, tapi itubukan keutamaan sebenar.

EMOSI

Metroseksual

Mereka yang metroseksual lebih beremosi dan bertindak tanpa usulperiksa. Kalau kelengkapan peribadi tidak lengkap, mereka akan merasatertekan sedikit walaupun yang tiada itu berus gigi dan sabun.

Uberseksual

Uberseksual lebih maskulin. Mereka akan menggunakan fikiran yang bagusuntuk melepaskan emosi. Contohnya, mat rempit. Jikalau mereka rasatertekan mereka akan melepaskan segala emosi dekat jalanraya. Bilaberlaku kemalangan, barulah kita lepaskan emosi itu. Maskulin kan!!

MAJALAH

Metroseksual

Rajin membuat rujukan dan menambahkan bahan bacaan yang berkaitandengansutra3 penampilan dan penggayaan diri. Up to date tentang fesyensekarang dah kebiasaannya melihat rancangan yang berbentuk ‘ grooming ‘seperti ‘ Extreme Makeover ‘ atau ‘ Queen Eye for Straight Guy ‘.

Uberseksual

Mereka ini tidak suka merujuk bahan bacaan tapi dari pemerhatian,mengikut kemampuan kewangan serta mendapat idea untuk imej merekadengan merantau.

 

OBSES

Metroseksual

Mereka sukakan perhatian dan inginkan orang sekeliling melihat akanpenampilan mereka yang hebat itu.

Uberseksual

Lebih sensual dan tidak terlalu obses pada diri sendiri. Mereka tidakperlu orang lain memberitahu mereka ada gaya menarik atau seksi. Itusemua tidak perlu sebenarnya. Mereka lebih pentingkan kewangan diriyang baik.

WANITA

Metroseksual

Mereka mempunyai tabiat melayan wanita dan menghormati mereka dengansama rata. Mereka tidak prejudis dan menganggap wanita sama sepertimereka. Tapi bukan semuanya, ini lebih tertumpu kepada golongan gay.

Uberseksual

Mereka melayan wanita sama seperti mereka melayan lelaki. Tiada perbezaan. Kedua-duanya dianggap sebagai kawan baik. Tapi kadang-kadang, kawan sendiri boleh dijadikan teman istimewa tanpa disedari.

KESEMPURNAAN

Metroseksual

Mereka lebih penuh semangat dalam hal penjagaan diri, kebersihan tubuh,kesihatan diri dan keadaan sekali seperti aku urakan di kelompok money.Semuanya perlu kemas, cantik dan berkonsep.

Uberseksual

Mereka seakan metroseksual tapi lebih kepada pakaian yang simple tapi cantik. Tiada konsep dan mahukan gaya macho.

credit : MensToday

 

Ratuhati Kami

  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith

IslaMy

© Copyright 2010-2011 KITA SEMUA SAMA All Rights Reserved.
| Published by LoveJurnal | Powered by Blogger.com.