Taktik lelaki gemuk nak memikat

Friday, March 5, 2010


1. Dekati orang yang diminati itu sebagai seorang kawan

Cuba berkenal-kenalan dan berkawan baik dengan si dia tu dulu. Layanlah si dia selayaknya sebagai seorang kawan pada permulaannya. Jangan sesekali luahkan perasaan hati anda pada peringkat permulaan. Just berkawan macam kawan biasa dulu. Ini sangat penting sebab kalau anda terus luahkan perasaan, dan cuba-cuba untuk mendesak si dia menerima anda sebagai teman istimewa, nanti si dia akan berasa tidak selesa dan menyampah dengan anda. Mungkin si dia akan menganggap anda sebagai seorang yang ‘tak sedar diri’. “Badan gemuk, tapi muka tak malu nak mengorat aku yang comel ni”, haa itu mungkin kata-kata yang bermain dalam hati si dia kalau anda luahkan perasaan anda dengan melulu, tak sabar-sabar.

So, tip pertama ialah DEKATI SI DIA SEBAGAI KAWAN.

2. Buatkan si dia selesa apabila bersama dengan anda

Ni paling penting kata kawan-kawan perempuan saya. Kalau anda ingin memenangi hati seorang perempuan, pastikan anda layan si dia tu dengan baik dan buatkan si dia selesa untuk bergaul dengan anda. Jangan sekali-kali buat dia rasa rimas. Kalau boleh, ikutkan saja kemahuan dan keinginan si dia tu. Tapi AWAS, anda janganlah pula jadi ‘pak turut’ yang bodoh. Semua dia cakap anda kata YES, YES. Ada kalanya mungkin anda kena ada pendirian dan sedikit ego anda sebagai lelaki. Kadangkala, perlu juga tunjukkan kejantanan anda pada dia.
Namun, tips kedua yang perlu anda praktikkan dalam usaha untuk memikat wanita idaman
anda ialah,
PASTIKAN SI DIA SELESA DENGAN ANDA!

3. Tonjolkan sikap baik dan penyayang anda.

Kalau nak fikir dari segi logiknya, disebabkan anda seorang yang gemuk, pastilah anda ada kekurangan dari segi daya tarikan atau dari segi fizikal luaran anda. Pastilah kalau nak dibandingkan anda yang gemuk dengan lelaki lain yang macho dan berbadan tegap, maka anda akan ‘tenggelam’. Tiada siapa yang akan pandang anda. Jadi, apa yang perlu anda lakukan ialah, cuba tunjukkan akhlak mulia dan sikap anda yang baik. Contohnya, cuba tunjukkan bahawa anda ini seorang yang penyayang, seorang yang boleh menjadi pendengar yang baik, seorang yang hormat orang tua, seorang yang ada pendirian, seorang yang mesra dan mudah didekati, seorang yang pandai berjenaka, seorang yang pembersih, seorang yang pemurah dan sebagainya. Sikap yang sebegini, sekiranya anda dapat tonjolkan, pastinya si dia akan lebih menghormati dan suka dengan anda.

Tips ketiga - TONJOLKAN KEBAIKAN ANDA!

4. Bantu dan tolong si dia apabila si dia ditimpa musibah atau masalah.

Kalau si dia ada ditimpa apa-apa masalah, bantulah dia sebaik mungkin. Cuba selesaikan masalah dia. Haaa kalau anda dapat tologn dia di saat dia dalam kesusahan, pastinya anda akan dapat ‘markah’ lebih. Si dia akan terhutang budi dengan anda, maka inilah peluang anda untuk mendekatinya dan memenangi hatinya. Tapi satu saya nak ingatkan, kalau nak tolong tu, tolonglah dengan seikhlas mungkin. Sebab pertolongan yang ikhlas, akan meninggalkan kesan pada hati si dia. Sebaliknya kalau anda tolong sebab ada udang disebalik batu, saya rasa, si dia pun mungkin dapat mengangak bahawa anda tolong dia sebab anda ada sesuatu yang anda nak dari dia. Jadi, pastikan anda tolong dengan seikhlas mungkin.

Tips keempat - BANTUA SI DIA YANG DALAM KESUSAHAN!
credit

Blog Widget by LinkWithin

4 comments:

kawaii said...

saya akan ikot tips ini coz saya juga dlm kategori lelaki gemuk

Anonymous said...

Ρretty! Τhis haѕ been а really wonԁerful artіcle.
Thanks for suрplying this informаtіon.



my page ... Payday Loans

Anonymous said...

Hi therе, just bеcame alert to your blοg through Google, аnd found that it
is геаlly informаtive. I'm going to watch out for brussels. I will appreciate if you continue this in future. Numerous people will be benefited from your writing. Cheers!

My web-site :: Payday Loans

Anonymous said...

This is really interesting, You're a very skilled blogger. I've joined уour rss feеd anԁ look
forward to ѕeеkіng more of your
magnifiсent рost. Also, I've shared your web site in my social networks!

Here is my page same day payday loans

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))
Leave Your Comment

 

Ratuhati Kami

  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith

IslaMy

© Copyright 2010-2011 KITA SEMUA SAMA All Rights Reserved.
| Published by LoveJurnal | Powered by Blogger.com.