Johan Raja Lawak dah jadi bapak

Wednesday, February 10, 2010

Tahniahlah pada pemenang tempat ketiga program Raja Lawak musim yang pertama. Siapa lagi kalau bukan si Johan. Sebab, lepas jadi suami orang, sekarang ni dia jadi bapak orang pulak.

Senang cerita, Johan telah dikurniakan cahaya mata pertamanya selepas isteri tercintanya, Ozlynnwati selamat melahirkan seorang bayi lelaki comel secara normal di Hospital Prince Court, pada hari Sabtu lepas, kira-kira jam 9.30 malam.

Bayi seberat 4.43 kilogram itu telah pun dinamakan sebagai Ahmad Sodiq Hainana.

Anak si johan ni memang betul2 bersemangat. Sampaikan jari-jemarinya yang comel dan mungil itu itu nampak begitu padat dan berulas-ulas. Pipinya pula jangan cakaplah montel sungguh...

Khabarnya, Johan sendiri telah menyambut kelahiran bayi itu selepas berjam-berjam lamanya menemani Wati di dalam bilik kelahiran itu.

Malah terpancar kegembiraan di wajahnya tatkala melihat bayi yang penyambung zuriatnya dengan Wati itu selamat dilahirkan ke muka dunia ini.

Dan yang pasti, kelahiran bayi itu akan memberikan lebih semangat untuk Johan bekerja dengan lebih keras lagi di dalam industri hiburan seni ini.

Blog Widget by LinkWithin

1 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))
Leave Your Comment

 

Ratuhati Kami

  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith
  • Harith

IslaMy

© Copyright 2010-2011 KITA SEMUA SAMA All Rights Reserved.
| Published by LoveJurnal | Powered by Blogger.com.