Filem ‘Semerah Cinta Stiletto’ tengah menghangat pangung2 wayang kat Malaysia ni..Saya percaya..hujung-hujung minggu ni mesti ramai couple2 yang pegi tengok movie ni..ok pada yang lum tengok..jom revew sikit pasal movie ni..
Filem ni merupakan filem ke-37 terbitan Metrowealth dan pengarah nya sudah tentu saudara Ahmad Idham. Secara jujur, filem ni lebih kurang je dengan filem2 sebelum ni yang menggandingkan Farid Kamil dan Lisa Surihani . Tapi plot komedi yang diterapkan boleh buat orang yang tengok tak de bosan sangat . Kalau anda peminat setia hero dan heroin filem ini, saya pasti anda akan berpuas hati dengan lakonan dorang.
‘Semerah Cinta Stilleto’ mengisahkan kehidupan bahagia Siti Laila atau Stila (Lisa Surihani). Stila dilahirkan dan dibesarkan dalam kemewahan dan segala yang dihajati akan ditunaikan oleh kedua-dua ibu bapanya. Dia juga seorang remaja cantik, masih menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi terkemuka di ibu kota.
Leto (Farid Kamil) pula seorang pemuda yang hidup dalam keadaan serba sederhana. Bekerja sebagai penjual ikan di pasar borong dan tinggal di flat murah berhadapan kawasan banglo mewah keluarga Stila.
Kehidupan mewah Stila bagaimanapun tidak membawa sebarang erti kerana kebahagiaan yang dicari tiada dalam keluarganya. Percintaan bermula apabila stiletto merah milik ibu Stila, Datin Fairuz (Nanu) hilang dan pencarian tersebut membawa episod cinta kedua pasangan muda ini. Namun, percintaan kedua pasangan ini terputus di tengah jalan kerana perbezaan latar belakang.
Tapi..kesudahan cerita ni macam tergantung..saya rasa mesti ramai yang ternanti2 kesudahan cerita jadi lebih menarik kan..
5 comments:
best ke x ek citer ni???
tahap best nyer mcm im not single..tp yg komedi nyer mmg gelak sakan..
ape tjuk ost semerah cinta stilletto ni ea..? da pnt da cr....huuu
cik _nurazeera_ zarina ft adeep - kasih antara kita
Suke sgt2...tgk farid n lisa.......