Pancing Keli Gunung
Saturday, October 31, 2009 | 1 comments
Ikan Haruan 2.7kg
| 2 comments
Semuanya pasal memancing
| 0 comments
Anda tidak digalakkan untuk mengamalkan atau mempercayai sepenuhnya petua-petua ini, cukup sekadar anda jadikan sebagai satu renungan kita bersama.
Mengekalkan Kesegaran Ikan
Untuk mengelakkan ikan daripada busuk jika kita tidak mempunyai kelengkapan, Ikan anda itu perlu disiang dan dibuang segala isi perut, tahi, dan sisiknya. Tapi ingat ikan berkenaan tidak boleh dibasuh dengan air. Selepas disiang, biarkan ikan berkenaan berdarah lalu dibalut dengan kertas suratkabar seekor demi seekor.(usah dicampur 2 – 3 ekor sebungkus) Selepas itu letakkan bungkusan itu pada tempat yang teduh. Ikan berkenaan akan tetap segar walaupun dibungkus selama 24 jam.
Daun Sireh/Tembakau Rokok
Kita sering mendengar pemancing akan menghadapi masalah menaikan pari bila ia melekap dipasir. Caranya mudah gunakan daun sireh/ tembakau rokok (dibasahkan) lalu digosok pada tali pancing hingga berbunyi. Pari akan rasa ngilu dan serta merta melepaskan lekapannya pada pasir.
Telur Rebus & Pulut Kuning
Jangan membawa sebarang makanan berdarah spt. Daging atau ayam semasa memancing. Begitu juga jangan sesekali membawa bekalan telur rebus dan pulut kuning. ’Laut tempatnya keras,kedua-dua makanan itu ada kaitan dengan amalan membuang Ancak’.
Kunyit & Tepung
Jika memancing disungai dipercayai ada buaya, jangan gunakan umpan tepung yang digaul dengan kunyit. Buaya tidak suka bau kunyit dan ia boleh ‘mengamuk’ dan ini boleh mendatangkan bahaya kepada pemancing.
Tersesat Didalam Hutan
Jika kita tersesat didalam hutan semasa memancing dan tidak menjumpai jalan pulang, cubalah petua ini. Telanjang dan buang air kecil. Selepas itu, ambil tanah diantara tapak kaki anda dengan tempat membuang air kecil tadi dan bawalah sepanjang jalan. Insya-allah jalan pulang akan ditemui.
Berkat Dapat Izin Sebelum Memancing
Pastikan setiap kali keluar rumah untuk memancing mestilah memberitahu isteri atau keluarga. Pastikan semua tanggungjawab dan urusan telah dibereskan sebelum pergi. Jangan meninggalkan masalah dirumah, termasuk dengan anak-anak. Bila ini dibereskan hati pun tenang semasa memancing dan mungkin berkat doa mereka anda mendapat hasil yang baik…Insya-allah.
Menjaga Umpan Perumpun
Perumpun yang dibeli untuk memancing biasanya mudah mati dan busuk jika anda tidak cepat mengasingkannya. Petua menjaga kesegarannya ialah jika memotong perumpun yang panjang, pastikan ia mula dipotong dari bahagian ekor. Jika ia dipotong dari bahagian kepala, perumpun mudah mati dan busuk. Penggunaan surat kabar atau kertas yang kering juga dapat membantu kesegarannya dengan menukar kertas takungan umpan ini setiap 2 jam sekali. Elakkan dari terkena air hujan atau terdedah dari terik panas matahari. Sebaiknya letakkan kain atau kertas yang lembab bagi menutup perumpun.
Mencari Perumpun Pasir /Laut
Caranya mudah, beli sebiji nenas yang masak ranum, dan anda cuma perlu memerah airnya dipasir yang anda yakin ada perumpun. Mungkin kerana masam air nenas ini perumpun dengan sendiri akan muncul, disini anda hanya perlu menariknya keluar.
Kasut
Apabila memancing didalam sampan atau bot jangan pakai selipar atau kasut.Macamlah kita nak masuk rumah orang, kenalah buka kasut atau selipar.Ia semacam tanda hormat dan adab.Nanti ada yang kata bahaya takut tercucuk duri didalam sampan tapi ini sepatut- nya tidak berlaku jika kita mengutamakan kebersihan dan keselesaan ketika memancing. Ada juga beranggapan benda-benda dibawah (dalam air) tidak suka kepala mereka dipijak dengan selipar atau kasut yang kotor. Kata mereka.
Daun Ketapang
Jika anda gemar membela ikan didalam akuarium dan didapati ikan peliharaan anda ‘tidak sihat’ seperti luka atau sisik reput, cuba masukkan sehelai daun ketapang, sesungguhnya ia adalah sumber perubatan kepada ikan.
Langkah Batang Pancing
Petua ini menjadi ikutan ramai pemancing hingga ke hari ini. Pantang larang agar batang pancing tidak dilangkah adakalanya menjadi satu medan pertengkaran sesama rakan pancing. Apa yang sering dikatakan batang pancing akan ‘suwei’ apabila kena langkah dan hasil tangkapan akan meleset.
Mulut
Pantang larang paling utama dalam aktiviti memancing. Mulut jangan cakap besar, takbur, celupar dan suka menyumpah. Jangan suka menegur sesuatu yang tidak pasti spt. bau wangi dan sebagainya. Mulut jangan terlalu suka berjenaka dan bersenda gurau berlebihan ditakuti suka akan membawa duka. Jangan suka buat bising.
Kaki
Petua ini terutama kepada pemancing yang menaiki bot/sampan. Elakkan suka menjuntai kaki kedalam air semasa memancing atau berehat. Perlu diberitahu tapak kaki kita akan kelihatan putih semasa didalam air dan amat menarik perhatian ikan seperti jerung atau buaya untuk menyambarnya.
Meludah Umpan
Petua ini turut menjadi amalan hingga kini. Ada yang melakukan pada umpan yang pertama didalam aktiviti memancing dan ada yang sentiasa meludah setiap kali menukar umpan baru. Ada yang beranggapan untuk isyarat membuang ‘suwei’ dan ada yang kata sebagai ‘daya penarik’ ikan atau udang.
Menghilangkan Bisa Terkena Gigi Ikan
Sebaik saja terkena sengatan gigi ikan spt. Ikan Jenahak, Malong dan sebagainya dianggota badan terutama jari, cepat-cepat cedok air laut tempat anda memancing dengan tangan kanan dan titiskan kedalam mulut dan telan sedikit air tersebut. Rasa bisa serta denyutan akan berkurangan dan bolehlah sapu apa-apa ubat yang sesuai selepas itu.
Petua & Amalan Sebelum Turun Laut.
| 0 comments
kita dan apa2 saja dalam alam ni baik yang hidup dan mati adalah kepunyaan Allah swt pentadbir sekelian alam. Nabi Allah Khaidir pula dianugerahkan menjadi bijak pandai dialam lautan. Nabi Sulaiman pula dianugerahkan mengerti alam haiwan dan Nabi Daud pula pandai besi. tetapi Nabi Muhammad lah penghulu segala para nabi.
a.alaikum kenkawan,
kawan selalu amalkan amalan orang tua2 sebelum turun kelaut. kata orang tua2 kalau nak masuk rumah orang, berilah salam dulu baru masuk. kalau nak ambil barang, minta izin dulu baru ambil. jadi kesimpulan disini setiap tempat ada tuan rumahnya setiap barang pula ada pemiliknya. pemilik segala pemilik dan tuan rumah segala tuan rumah ialah ALLAH TAALA. permulaan segalanya dahuluilah dengan BISMILLAH. amanah air seperti sungai, laut dan sebagainya pula urusan nabi ALLAH KHAIDIR A.S tapi pengghulunya pula RASULALLAH SAW. jadi amalan yang kawan amalkan bila nak turun ke laut ialah:
1.Bacalah BISMILLAH dengan nawaitu yang betul.
2.Bacalah AL-FATIHAH kepada RASULALLAH SAW dgn ikhlas.
3.Bacalah AL-FATIHAH kepada Nabi KHAIDIR a.s dengan niat minta izin.
4.Bacalah AL-FATIHAH kepada Nabi SULAIMAN a.s dengan niat permudahkan urusan dgn haiwan2 di darat dan dilaut..
kalau masuk kerumah orang tanpa izin namanya penceroboh dan pula kalau mengambil barang dari dalamnya tanpa izin penyamun pula namanya jadi elakkan diri kita dari mendapat rezeki yang begini.
kalau diamalkan dengan cara begini hati kita akan aman dan tenang setiap kali berada disungai atau laut dan sebagainya. hasilnya pula kalau sikit pun hati kita puas dan bersyukur dan kalau banyak tu sedekahkanlah kepada jiran2 dan kenkawan dengan hati yang ikhlas. insyaallah urusan lainnya akan mudah, rezeki melimpah serta berkat dan hasil pancing yang lumayan...
Semoga dengan adanya tips nih murahlah rezki kita disampaing menambah amalan dan mendekatkan diri kita pada yg MAHA ESA...AMINNN...
Petua mabuk laut
Thursday, October 29, 2009 | 0 comments
PETUA – MABUK LAUT
( Samada benar atau tidak kita perlu mencuba terlebih dahulu dan jika mahu mencuba saya sarankan agar berselawat terlebih dahulu. Jika masih mabuk gunakan teknologi terkini dengan menelan pil penahan mabuk dan jika masih gagal, dinasihatkan jangan kelaut. Memancing sahaja di sungai dan tasik – anda pasti tidak mabuk)
- Ini rasional – mengikut pakar perubatan. GINJAL dibelakang telinga memainkan fungsi penting dalam menseimbangkan tubuh badan. Digalakkan mengurut ginjal dibelakang telinga terutama bila mula merasa pening. Menggerakkan kepala ke kiri dan kanan selain melakukan senaman ringan mampu menghilangkan rasa mabuk laut.
- Bagi nelayan, MINUM AIR LAUT dikuala mampu menahan diri daripada mabuk laut. Boleh diminum hingga ‘sendawa’ dan boleh juga sedikit sahaja kerana ini boleh menahan tekak dari merasa loya.
- Syor nelayan dan TLDM, agar orang yang mabuk laut, TERJUN DAN MANDI LAUT tapi mesti pandai berenang. Dengan menyelam beberapa ketika badan dan kepala akan menjadi segar semula.
- OREN SUNKIST juga berguna. Ada orang kata,limau tak boleh dibawa kelaut, takut ribut. Kita hanya perlu bawa kulit Oren Sunkist saja. Kalau boleh kunyah kulit Oren berkenaan sepanjang berada di laut. Kalau tak sanggup, kunyahlah sebelum perjalanan dan jika terasa loya semula, kita kena kunyah lagi.
- Cuba makan KELEDEK MENTAH. Rasionalnya mudah, keledek mentah mempunyai sedikit getah yang boleh membuat mulut kita tidak rasa loya.
- Makan PISANG KELAT. Rasionalnya sama seperti keledek. Untuk lebih mujarab, titiskan sedikit air limau sebelum memakannya.
- Selit kan SAYUR KANGKUNG dipinggang atau poket.Pastikan ia tidak jatuh sepanjang kita memancing.
- Tumbuk LADA HITAM yang dicampur dengan HALIA BARA, kemudian sapu diperut terutama bahagian pusat sebelum ke laut.
- Sebelum memancing , jangan minum minuman yang BERKRIM ATAU BERSUSU. Seeloknya bawa AIR OREN sebagai minuman semasa memancing.
"SELAMAT MENCUBA & SELAMAT MEMANCING"
Macam mana nak jaga kereta
| 1 comments
Menjana unique visitor dengan cepat
Thursday, July 17, 2008 | 0 comments
Kalau korg dpt terapkan metod ini dengan btul kt web / blog korg, maka akn blaku kesibukan lalu lintas pengunjung yang luar biasa tiap2 ari..xpyh nk bersusah payah memikirkan SEO atau berpenat-penat utk promosi blog/bisnes kite kt sume org..
Blog jgk akn dibanjiri backlink secara signifikan dari hari ke hari, tanpa bersusah payah link kesemua tempat di dunia Internet.
meh le kita pakat cuba…
Perkara yang harus korg lakukan adalah ikut langkah-langkah berikut:-
1. Tulis posting artikel mcm posting saya ni, dgn cara or gaya tsendiri atau copy-paste je artikel ni. Then, bg tajuk yg menarik.
2. Anda hanya perlu meletakkan Link URL di bawah ini untuk artikel yang anda tuliskan dalam blog / web.
1. Free Templates
2. Jogja-Blogger
3. Tutorial Blogging Internet Bisnis Online
4. pVidia Blog
5. Stop Dreaming Start Action (Jonru)
6. Bisnis di Internet
7. Blogging-Surfer
8. Tintalughahwi
9. Igauan
10. Ad-dai’
11. kakngah
12. Zie Fauzi
13. Happiness (zuliana)
14. Hatta In Da’ House15.Husaini's Blog(http://husaininazari.blogspot.com)PERATURAN1. Sebelum meletakkan web-web di atas di komuniti Link URL ke posting web / blog korg, sila hapuskan link nombor 1.Selepas itu pindahkan Link no.2 menjadi no.1, yang No.3 jadi No.2, yang No.4 jadi No.3 dan seterusnya. Setelah itu masukkan link anda di urutan bawah (No.15).
2. Ingat! Jangan Ubah urutan daftar link itu.
Jika setiap blogger mengikuti formula tersebut, maka bakal menghasilkan backlink seperti berikut:
Bila posisi anda pada no.15, jumlah backlink = 1
Posisi no.14, Jumlah backlink = 5
Posisi no.13, Jumlah backlink = 25
Posisi no.12, Jumlah backlink = 125
Posisi no.11, Jumlah backlink = 625
Posisi no.10, Jumlah backlink = 3,125
Posisi no.9, Jumlah backlink = 15,625
Posisi no.8, Jumlah backlink = 78,125
Posisi no.7, Jumlah backlink = 390,625
Posisi no.6, Jumlah backlink = 1,953,125
Posisi no.5, Jumlah backlink = 9,765,625
Posisi no.4, Jumlah backlink = 48,828,125
Posisi no.3, Jumlah backlink = 244,140,625
Posisi no.2, Jumlah backlink = 1,220,703,125
Posisi no.1, Jumlah backlink = 6,103,515,62
YA LEBIH DARI 6 JUTA BACKLINK !!!
Bayangkan jika ini boleh berjalan dengan sempurna maka korang akan mendapatkan backlink maksimum 6,103,515,62 dari berbagai blog yang korang tak pernah bayang sblum ni.Jika ada pengunjung ke blog korang dari Link List yang disebutkan di atas maka korang akan secara automatik dapat lalu lintas ke web / blog korg jgk.
Ingat! Aturan permainan,link blog korg harus mulai dari urutan (No.15), sehingga hasil dapat Maksimum backlink. Jangan salahkan aku jika korg tak ikut cara ni dgn betul dan link korg tiba2 berada di urutan No.1 dan menghilang di daftar link. Jadi mulai urutan adalah di bahagian bawah (No.15).
OK..SELAMAT MENCUBA..SEMOGA SAMA-SAMA BERJAYA.Nota Ringkas : Sapa tak tahu cara nak copy paste text ni tinggalkan link kat sini. Nanti leh saya ajar.
Nama bayi islam
Wednesday, February 8, 2006 | 0 comments
| Lelaki |
|---|
| Lutfilah Taufik Allah |
| Lutfil Hadi Taufik Allah Yang Hadi |
| Lutfi Kehalusanku, lembut |
| Perempuan |
| Kaisara Permaisuri |
| Kausar Sebuah kolam di syurga |
| Karimah Mulia |












